Terma Dan Syarat Menjadi Pengedar


Berikut ini adalah Terma & Syarat Menjadi Pengedar Emashijrah

KEPERLUAN DAN DOKUMEN
  1. Seorang Introducer/Pengenal. Introducer/Pengenal adalah individu yang telah berdaftar menjadi pengedar Emas Hijrah Resources. Sila rujuk SENARAI PENGEDAR.
  2. Satu salinan kad pengenalan ANDA (depan dan Belakang),
  3. Dua keping gambar ukuran passport ANDA dan
  4. Satu salinan bil elektrik / air / telefon kediaman anda yang terkini.
(Sila kirimkan dokumen no.2 hingga no. 4 berserta slip bank in yuran menjadi Pengedar VIP atau Bersekutu ke oderhijrah@gmail.com atau mms/whatsapp ke 018-7705309. Yuran pendaftaran hendaklah dimasukkan ke akaun Maybank no. 551388402388 Emas Hijrah Resources)

A: Pengedar VIP
Bayaran Yuran pendaftaran Seumur Hidup RM600 Sahaja.

B: Pengedar Bersekutu
Bagi Pengedar Bersekutu, YURAN PENDAFTARAN permulaan RM350 dan baki sebanyak RM250 mestilah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 8(Lapan) bulan selepas tarikh pendaftaran menjadi pengedar. Setelah baki RM250 dijelaskan sepenuhnya, Pengedar Bersekutu akan naik taraf menjadi Pengedar VIP dan layak mendapat faedah/keistimewaan seperti Pengedar VIP yang lain.

Jika selepas 8 (Lapan) bulan tarikh pendaftaran, baki sebanyak RM250 belum lagi pihak Emas Hijrah Resources terima, maka taraf pengedar Bersekutu tersebut DIBEKUKAN (Tidak Dibenarkan berurusniaga dengan Emas Hijrah Resources) sementara waktu sehingga bayaran baki itu dilunaskan. Pengedar Bersekutu diberi tempoh 1 (Satu) bulan untuk mendaftar sebagai Pengedar VIP sebelum ditamatkan sepenuhnya hak sebagai pengedar EMAS HIJRAH RESOURCES.

(Nota: kadar yuran bagi Pengedar VIP dan Pengedar Bersekutu ini mungkin akan akan berubah dari masa ke semasa).

C: Pengedar Percuma
TIADA BAYARAN YURAN PENDAFTARAN DIKENAKAN untuk selama 3(Tiga) bulan selepas tarikh pendaftaran. Selepas 3(Tiga) bulan ANDA digalakkan mendaftar sebagai Pengedar VIP atau Pengedar Bersekutu. Sila pastikan kami telah menerima dokumen anda(no. 2 hingga no.4) di atas, bagi tujuan pendaftaran ANDA sebelum ANDA memulakan urus niaga dengan kami.

Jika selepas 3(Tiga) bulan tarikh pendaftaran, ANDA masih belum/tidak berminat untuk menjadi Pengedar Bersekutu atau Pengedar VIP, maka urusniaga ANDA dengan Emas Hijrah Resources dibekukan. Pengedar Percuma diberi tempoh 1(Satu) bulan untuk mendaftar sebagai Pengedar Bersekutu atau Pengedar VIP sebelum ditamatkan sepenuhnya hak sebagai pengedar EMAS HIJRAH RESOURCES.