Keistimewaan Menjadi Pengedar


Banyak Keistimewaan dan Faedah Menjadi Pengedar Emas Hijrah Resources, Diantaranya ialah:

1. Membeli Emas Dengan Harga Rendah.
Pengedar sah Emas Hijrah Resources berhak untuk membeli emas dengan dengan mendapat keuntungan komisyen berdasarkan jadual berikut:

Jenis Barang Kemas (Baru)
999
916 Fesyen
916
Harga Pelanggan - Harga Pengedar
(Keuntungan Komisen Pengedar)
RM12.00/g
RM10.00/g
RM8.00/g

Contoh :- Harga Barang Kemas 916 Fesyen.
Harga Pengedar (DP)  = RM175.00 segram.
Harga Pelanggan (CP) = RM185.00 segram.
Keuntungan Komisen Pengedar
RM185.00 - RM175.00 = RM10.00

2. Insentif Pengedar (Dealer Get Dealer) dan Komisen.
a) Pengedar (VIP, Bersekutu atau Percuma) yang memperkenalkan pengedar (VIP atau Bersekutu) baru akan mendapat insentif RM100 bagi setiap pengedar (VIP atau Bersekutu) baru yang diperkenalkan.

Contoh insentif: Aminah memperkenalkan Hazirah sebagai pengedar (VIP atau Bersekutu) maka Aminah mendapat insentif RM100.00(Sekali bayar).
Tiada insentif diberikan kepada pengedar (VIP, Bersekutu atau Percuma) yang memperkenalkan PENGEDAR PERCUMA.

b) Komisen RM1.00 segram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru (VIP, Bersekutu, Percuma) yang diperkenalkan.

Contoh komisen: Rokiah (Pengedar VIP atau Bersekutu Atau Percuma) memperkenalkan Rosmah (Pengedar VIP atau Sekutu Atau Percuma). Kemudian Rosmah membeli 500g barang kemas 999 atau 916. Rokiah mendapat komisen RM500. Jika Rosmah pula memperkenalkan Zakiah sebagai pengedar, hanya Rosmah sahaja mendapat komisen dari Zakiah, Rokiah tidak dapat sebarang komisen Zakiah. Rokiah hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Rosmah sahaja.

3. Insentif Bulanan.
a)Jika dalam tempoh satu bulan, pengedar (VIP, Bersekutu atau Percuma) BERJAYA memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar (VIP dan/atau Bersekutu) baru, pihak Emas Hijrah Resources akan memberikan insentif tambahan RM100 bagi setiap pengedar (VIP dan/atau Bersekutu) baru yang pengedar perkenalkan.
Contoh: 10 orang x RM100 = RM1000.00

b)Jika dalam tempoh satu bulan, pengedar (VIP, Bersekutu atau Percuma) BERJAYA membuat jualan peribadi sebanyak 100 gram atau lebih, insentif sebanyak RM1.00 segram diberikan kepada pengedar tersebut.
Contoh: 150.70 gram x RM1.00 = RM150.70

4. Modal Disediakan Dalam Bentuk Stok Emas.
Emas Hijrah Resources menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan Emas Hijrah Resources akan menghantar emas terus kepada PELANGGAN yang telah ditetapkan oleh pengedar. Kos setiap penghantaran mengikut ketetapan yang dinyatakan dalam terma dan syarat penghantaran. (Penghantaran produk adalah terus kepada PELANGGAN, jika berlaku kehilangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar).

5. Modal Tunai Disediakan Untuk Membeli Semula Produk Yang Telah Dijual.
Emas Hijrah Resources menjanjikan pembelian semula emas yang telah dijual kepada PELANGGAN dengan susut nilai serendah 15% daripada harga pelanggan (Harga CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan susut nilai serendah 5% daripada harga pengedar (Harga DP) semasa dengan syarat tiada kecacatan atau kerosakan pada produk dan jika terdapat kecacatan kekal, belian balik akan dinilai semula oleh pihak Emas Hijrah Resources berdasarkan kecacatan. (Sila pastikan resit pembelian disertakan bersama).

Contohnya, Emas 999:-
Belian semula daripada pelanggan (CP): RM185.00 segram x 15% = RM157.25
Belian Semula daripada Pengedar (DP): RM173.00 segram x 5% = RM164.35

6. Modal Tunai Untuk Membeli Emas Terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh Emas Hijrah Resources. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak Emas Hijrah Resources. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada Emas Hijrah Resources jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak Emas Hijrah Resources akan menghantar wang tunai kepada pengedar (tertakluk kepada terma dan syarat semasa)

7. Perkhidmatan Penghantaran.
Emas Hijrah Resources menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada PENGEDAR. Cara serahan tangan atau melalui pos segera. Kehilangan barang sewaktu penghantaran kepada alamat PENGEDAR yang didaftarkan adalah TANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA oleh pihak Emas Hijrah Resources.

8. Perkhidmatan Selepas Jualan.
Emas Hijrah Resources menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
a)Menilai harga emas terpakai (percuma).
b)Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan Arrahnu (percuma).

9. Kursus Usahawan Emas.
InsyaAllah pihak Emas Hijrah Resources akan menganjurkan kursus Usahawan Emas atau kursus-kursus lain yang berkaitan dari masa ke semasa. Semua pengedar akan diberitahu melalui email atau sms. Makluman kursus juga akan di paparkan di laman web.