Pembuka Kata - Emas Hijrah Resources


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Emas Hijrah Resources ditubuhkan untuk memudahkan masyarakat Melayu khususnya mendapatkan barang kemas emas 999 dan 916 pada harga yang lebih rendah daripada harga emas di kedai-kedai emas.

Kami memberi jaminan, kualiti emas yang kami jual adalah kualiti emas sebenar iaitu emas 999 atau emas 916 yang akan dinyatakan dalam resit jual beli. Jika anda dapati bahawa emas yang kami jual bukan emas sebenar (999 atau 916), maka kami akan menggantikan emas tersebut dengan kualiti emas yang sebenar (999 atau 916).

Emas Hijrah Resources hanya menjalankan perniagaan jual dan beli emas sahaja. Kami tidak menawarkan sebarang bentuk skim pelaburan, skim cepat kaya ataupun multi-level marketing yang bercanggah dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, peraturan-peraturan Bank Negara Malaysia, BAFIA dan AMLAA.

Emas Hijrah Resources juga komited dan istiqamah menawarkan perkhidmatan jual dan beli emas yang patuh syari’ah seperti yang digariskan oleh Parameter Pelaburan Emas JAKIM (2011).Emas Hijrah Resources juga menyediakan perkhidmatan membeli emas atau barang kemas terpakai atau yang tidak anda perlukan lagi dengan membayar harga tinggi. Kami percaya bahawa reputasi sebagai perniagaan yang jujur dan amanah adalah resepi untuk berjaya.

Kami berusaha untuk menjalankan perniagaan secara jujur, amanah, cepat dan teratur dan juga berusaha menawarkan apa yang terbaik. Semoga ALLAH memberi rahmat, berkat serta mempermudahkan usaha kecil kami ini untuk memberikan harga emas yang secara relatifnya rendah dan seterusnya dapat menggalakkan masyarakat Melayu menyimpan emas sebagai satu bentuk simpanan dan pelaburan sekaligus meningkatkan ekonomi ummah secara keseluruhannya. Insya ALLAH.